Isnin, 21 November 2011

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PK PENTADBIRAN
PUAN HAJAH HANDON BINTI ASAARI

Terima kasih kepada Pn Hajah Handon binti Asaari.
Telah berkhidmat di SKDABB.
Tahniah kepada Pn. Hajah Handon kerana telah dinaikkan pangkat menjawat jawatan Guru Besar di SK Puchong Utama 2.
Semoga Pn Hajah Handon peroleh kejayaan lebih cemerlang di tempat baru.


 Terima kasih kepada Suami Pn Hajah Handon kerana sudi hadir di Majlis Makan Makan KGP 2011 dan juga Majlis Perpisahan Pn. Hajah Handon.



Bergambar beramai-ramai bersama Warga SKDABB di Majlis Makan Malam KGP 2011


MAJLIS PERPISAHAN MANTAN GURU BESARPUAN HAJAH NOREDZAN BINTI A. BAKAR

Terima kasih kepada Pn Hajah Noredzan binti A. Bakar.
Jasamu dikenang, kenangan indah akan diabadikan dan disemat dihati SKDABB.
Kami Warga SKDABB mendoakan Pn Hajah Noredzan beroleh kejayaan lebih kecemerlang di SK Seroja.


Puan Hajah Noredzan binti A. Bakar menyampaikan ucapan terakhir di majlis perpisahan beliau yang berlangsung di Putrajaya. Majlis minum petang bersama warga SKDABB.

 Beberapa amanat yang disampaikan buat tatapan dan ingatan warga SKDABB.  Beliau mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada warga SKDABB kerana telah memberi kerjasama sepanjang beliau menjadi Guru Besar di SKDABB.

 Terima kasih kepada suami Pn Hajah Noredzan kerana sudi hadir bersama-sama menjayakan majlis perpisahan ini.

 Memotong Kek Simbolik bagi majlis perpisahan Pn. Hajah Noredzan mengakhiri perkhidmatan di SKDABB.  Bersama-sama beliau ialah Pn. Hajah Rabitah binti Hj Jalaludin yang mengambilalih tempat beliau sebagai Guru Besar di SKDABB.

 Inilah tanda persahabatan yang erat antara Pn Hajah Noredzan dan Pn Hajah Rabitah.  Berkongsi pengalaman, ilmu, harapan, visi, misi, wawasan bagi kejayaan dan kecemerlangan SKDABB untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 ianya menjadi kenyataan.

2 ulasan: